Thursday, May 20, 2010

~ Jurang Terdalam di Dunia ~

Biasa dengar satu jurang yang terdalam di kawasan lautan iaitu Jurang Mariana (Mariana Trench)?

Jurang Mariana adalah jurang paling dalam di dunia dengan kedalaman sehingga 11 km. Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina
Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat pasifik dan Plat Filipina. Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest dari atas permukaan laut. Bahagian dasar Jurang Mariana menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, bersamaan lebih 1000 kali ganda tekanan atmosfera piawai pada aras laut (tekanan piawai ialah 103.25 kPa)

Namun demikian, bukanlah nama 'orang putih' kalau tidak meneroka benda-benda sedemikian. Imej di bawah menunjukkan cabaran penjelajahan Jurang Mariana pada kedalaman 10,898 m (10.9 km). Semestinya, lautan dalam yang gelap gelita, bertekanan tinggi dan kehadiran makhluk yang tidak pernah nampak merupakan cabaran yang dihadapi oleh penjelajah.
Antara makhluk yang terdapat dalam Jurang Mariana. Obor-obor yang memancarkan cahaya melalui dirinya sendiri untuk hidup dalam kawasan yang gelap gelita.

Sebenarnya, banyak lagi tempat yang boleh diteroka. Saya pasti, biarpun kita semua tidak ada peluang untuk menjelajah sendiri ke Jurang Mariana hatta tempat lain sekalipun, sesekali keluar berita yang pelik-pelik betul-betul membuat kita teruja dan takjub dengan kekuasaan Allah.

semua hidupan disini seperti glow in the dark

No comments: